Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Guru MARA Gred DG41 November 2020

Jawatan kosong terkini Guru MARA DG41/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ambilan November 2020. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif, inovatif dan komited serta mempunyai kecemerlangan peribadi sebagai seorang pendidik. Individu-individu yang memiliki ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
GAJI MINIMUM - MAKSIMUM : RM 2,188.00 - RM 9,552.00

Tarikh tutup permohonan pada 13 November 2020
Lokasi penempatan : Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Guru MARA Gred DG41 November 2020

BIDANG & SUBJEK:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Multimedia & Animasi
  • Seni Reka Grafik
  • Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Pendidikan Seni / Seni Visual
  • Reka Bentuk Teknologi
  • Geografi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
SYARAT LANTIKAN UTAMA:

a. Warganegara Malaysia

b. Kelayakan

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,188.00] atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau

iii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau

iv. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,902.98] atau

v. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 3,209.60]

c. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d. Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris;

e. Pemohon subjek Pendidikan Islam (Tahfiz) hendaklah mempunyai kelayakan Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Isi di ruangan Seksyen D. Bil. 18 di dalam borang permohonan online);

f. Sihat fizikal dan mental;

g. Aktif dalam kegiatan kokurikulum;

h. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dimohon);

i. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain – lain;

j. Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah;

k. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

l. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan;

m. Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang dimohon;

n. Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

TARAF JAWATAN:

Tetap / Kontrak

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN & KAEDAH PELAKSANAAN:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara online / atas talian di portal rasmi MARA iaitu www.mara.gov.my ATAU sila ke pautan (link) yang diberikan dibawah.

ii. Semakan pengiktirafan kelayakan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

iii. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat lantikan skim sahaja akan diproses.

iv. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria – kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang tepat dengan bidang/subjek mengajar yang dimohon.

v. Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).

vi. Calon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas SMS dan semakan boleh dibuat di laman web MARA dari semasa ke semasa.

vii. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR


Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong