Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Dungun Terengganu Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Ogos 2021. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu.

JAWATAN AKADEMIK

1. PROFESOR (GRED KHAS C) VK7
2. PROFESOR MADYA DM53
3. PENSYARAH KANAN DM51
4. PENSYARAH DM45

JAWATAN PENTADBIRAN

5. JURURAWAT U29
6. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
7. KERANI (KHIDMAT PELANGGAN) N19
8. PEMANDU H11

Tarikh tutup permohonan pada 09 Ogos 2021
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM Dungun Terengganu Ogos 2021

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.

b) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pensyarah (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2007) (Jawatan Akademik) atau Borang Perjawatan Pentadbiran (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2006) (Jawatan Pentadbiran) yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di http://terengganu.uitm.edu.my/ dan juga boleh didapati di Pos Utama, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, 23000 Dungun, Terengganu. Atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah.

c) Serahan borang boleh dibuat di Pos Utama UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun dimana kenderaan pemohon perlu diparkir di luar kampus dan pastikan pemohon/wakil pemohon adalah sihat dan tidak mempunyai gejala serta bukan dari kawasan PKPD. (Penghantaran borang menggunakan perkhidmatan Pos Laju adalah digalakkan).

d) Pertanyaan berkaitan iklan boleh hubungi talian 09-8400 113 (Jawatan Akademik), 09-8400 117 (Jawatan Pentadbiran)(Whatsapp Business) dan boleh emelkan kepada bpuitmct@uitm.edu.my.

e) Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Ogos 2021 (Isnin)

f) Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
KAMPUS DUNGUN
23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN


Iklan dan borang permohonan jawatan disini

Lihat juga jawatan kosong UiTM lain :

1. Jawatan kosong UiTM Cawangan Pahang (Tarikh tutup 09 Ogos 2021)
2. Jawatan kosong UiTM Cawangan Kelantan (Tarikh tutup 18 Ogos 2021)
3. Jawatan kosong UiTM Cawangan Johor (Tarikh tutup 15 Ogos 2021)
4. Jawatan kosong UiTM Cawangan Sarawak (Tarikh tutup 13 Ogos 2021)
5. Jawatan kosong UiTM Cawangan Pulau Pinang (Tarikh tutup 17 Ogos 2021)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong