Masukkan kata carian dan tekan enter atau search
HTML5 LIKE FB & SILA KLIK TANDA [X] UNTUK MENUTUP Close

Jawatan Kosong MSN Selangor Januari 2021

Jawatan kosong terkini Majlis Sukan Negeri Selangor ambilan Januari 2021. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, terdiridaripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti senarai dibawah dan Keutamaan diberi kepada bekas atlet Negeri Selangor dan berpengetahuan serta berminat dalam bidang sukan.

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. AKAUNTAN WA41
3. PENOLONG AKAUNTAN W29
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
6. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19

Tarikh tutup permohonan 15 Januari 2021
Lokasi penempatan : MSN Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MSN Selangor Januari 2021

Cara Memohon : 

(a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan di www.msnselangor.gov.my. atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah:

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

(d) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

(e) Permohonan daripada kakitangan awam yang sedang berkhidmat hendaklah mendapat sokongan dan pengesahan Ketua Jabatan.

(f) Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

Alamat Permohonan : 
Alamat Surat Menyurat:

Pengarah Eksekutif
Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras -3, Kompleks Generasi Muda dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Perhatian : 

(a) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(b) Pemohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

i. Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau

ii. Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

Pertanyaan : 

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak Urusetia melalui telefon atau melalui email berikut:

(a) urusetia : 03-5510 9063

(b) email : admin@msnselangor.gov.my

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share kami pada button di bawah. Terima kasih.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel