Masukkan kata carian dan tekan enter atau search
HTML5 LIKE FB & SILA KLIK TANDA [X] UNTUK MENUTUP Close

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Disember 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Imigresen Malaysia ambilan Disember 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Imigresen Malaysia sebagai :

1. Penguasa Imigresen Gred KP41
Kekosongan : 27 Simpanan : 20

2. Penolong Penguasa Imigresen KP29
Kekosongan : 110  Simpanan : 30

Tarikh tutup permohonan 8 Disember 2020
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Disember 2020 2021

Penguasa Imigresen Gred KP41/ Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional / Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Jabatan Imigresen Malaysia
Jadual Gaji:

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,493.00 - RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Penguasa Imigresen Gred KP41
Gaji Minimum - Maksimum : RM2,081.00 - RM9,547.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP29
(c)
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);atau

(iii) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).


KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENGUASA IMIGRESEN GRED KP41
(d)
(i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)

(e) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
dan

(e) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Imigresen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS : 

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27

Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

Penguasa Imigresen Gred KP41
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di https://spa9.spa.gov.my atau sila klik pada link yang diberikan dibawah. Bagi calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 08 Disember 2020 (Selasa) jam 11.59 malam.

Permohonan / semakan jawatan secara online disini
SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share kami pada button di bawah. Terima kasih.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel