Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 Di UKM — November 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ambilan november 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di UKM Bangi sebagai :

JAWATAN : PEGAWAI TADBIR N41

TARAF JAWATAN : KONTRAK
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
TEMPAT : FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN, UKM BANGI, SELANGOR

GAJI : Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM2,080.00 – RM9,546.00
ELAUN Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00 sebulan
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00 sebulan
Bantuan Sara Hidup : RM300.00 sebulan

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 Di UKM — November 2020

SYARAT LANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh permohonan;

c) Keutamaan diberikan kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda;

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dan pengalaman dalam pengurusan kualiti;
(Gaji permulaan berdasarkan pengalaman)

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

e) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan;

f) Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

g) Berpengalaman sekurang – kurangnya 3 tahun menguruskan hal ehwal pengurusan kualiti program pengajian peringkat prasiswazah atau siswazah ; khususnya berkaitan pembangunan program, akreditasi program, semak semula program dan pemantauan pematuhan piawaian program

CARA MEMOHON:

i) Pemohon diminta membuat permohonan dengan memuat turun dan mengisi borang PERMOHONAN JAWATAN PENTADBIRAN seperti dilampiran (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah) dan menghantarnya kepada Anthony Ulek Anak Jeti, Ketua Penolong Pendaftar, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Borang permohonan beserta dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah diposkan ke alamat yang dinyatakan di bawah.

ii) Permohonan melalui emel tidak akan diterima. (Sila tulis nama jawatan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat)

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Encik Anthony Ulek Anak Jeti
Ketua Penolong Pendaftar, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: 03-89215365 | Emel: anton@ukm.edu.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 NOVEMBER 2020

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong