Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPSepang November 2020

Jawatan kosong terkini Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ambilan November 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Kontrak/ Tetap sepertimana berikut:-

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
2. Jurutera J41
3. Arkitek J41
4. Arkitek Landskap J41
5. Juru Ukur Bahan J41
6. Pegawai Tadbir N41
7. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
8. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
9. Penolong Jurutera JA29
10. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
11. Pembantu Makmal C19
12. Pembantu Kesihatan Awam U19
13. Pembantu Penilaian W19
14. Jurufotografi B19

Tarikh tutup permohonan 18 November 2020
Lokasi penempatan : MPSepang Selangor
Sektor perkhidmatan : Kerajaan

Jawatan Kosong MPSepang November 2020

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun pada pautan (link) yang diberikan di bawah.

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.

c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamatkan permohonan kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran SemarakApi, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.


Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong