Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) PDRM

Jawatan kosong terkini Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) PDRM kini dibuka. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut:

16 November 2020 hingga 30 November 2020

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi e-pengambilan PDRM. (Sila ke pautan yang diberikan di bawah)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 .

Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) PDRM November 2020

SKIM PERKHIDMATAN BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT 1

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/WANITA)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan

ii). PMR : Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

Contoh kelulusan seperti berikut :

Kelulusan Memohon Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki)
MATA PELAJARAN KELULUSAN MINIMUM
Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu C
Matematik D
Sains D
Pendidikan Islam D
Bahasa Inggeris D
Sejarah D

iii). PT3 : Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

Contoh kelulusan seperti berikut :

Kelulusan Memohon Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki)
MATA PELAJARAN KELULUSAN MINIMUM
Bahasa Melayu Ujian Bertulis & Bahasa Melayu (Lisan) C
Matematik E
Sains E
Pendidikan Islam E
Bahasa Inggeris E
Sejarah E

d). Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurangkurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

DIKSKRIPSI TUGAS :-

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

KELAYAKAN GAJI

JADUAL GAJI GRED YT1 MINIMUM - MAKSIMUM
RM 1,220.00 - RM 2,748.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN
Elaun Tetap Perumahan : RM 350
Elaun Cola : RM100 - RM 350
Elaun Khidmat Awam : RM 95
Elaun Khas PDRM : RM 200
Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong