1. PENGAWAL KESELAMATAN
Tarikh tutup permohonan pada 21 Oktober 2020
Lokasi penempatan : KWSP Kuala Lumpur
Sektor : Swasta/ Berkanun
DESKRIPSI TUGAS
- Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP yang mengunjungi bangunan/ pejabat KWSP
- Melaporkan sebarang kejadian yang melanggar peraturan KWSP mengikut saluran tertentu dan menjalankan penyiasatan sewajarnya
- Menjalankan tugas dengan penuh berhemah dan sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati tetapi hendaklah bertindak cepat dan cergas apabila berlaku kejadian yang melanggar Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP
- Memantau sistem Kad Akses selepas waktu pejabat
- Bersedia melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa kesemasa mengikut keperluan
- Bertugas di penempatan yang ditetapkan oleh Penyelia Keselamatan
- Bersedia untuk bertugas lebih masa apabila diarahkan oleh Penyelia Keselamatan
- Bersedia untuk bertugas di mana-mana bangunan KWSP atau mana-mana tempat yang diarahkan oleh pihak pengurusan
- Warganegara Malaysia
- Berumur di antara 19 tahun hingga 30 tahun
- Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan subjek Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Bagi bekas anggota Polis Diraja Malaysia/ Angkatan Tentera Malaysia, hendaklah yang telah disahkan dalam jawatan serta sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama sepuluh (10) tahun dengan rekod perkhidmatan yang baik dan tidak berumur melebihi 45 tahun
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
- Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah atau dadah
- Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti berikut:
- Ketinggian minimum (tidak berkasut): 165 cm
- Berat badan minimum: 50 kg
- Ukuran dada: Sekurang-kurangnya 81cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
- Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25
- Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.
- Ketinggian minimum (tidak berkasut): 163 cm
- Berat badan minimum: 48 kg
- Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25
- Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman sesawang indeedjobs secara online (sila ke pautan yang diberikan di bawah).
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini