Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MBJB Oktober 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Oktober 2020. Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

1. Jurutera J41
2. Pegawai Undang-Undang L41
3. Pegawai Penilaian W41
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
5. Penolong Juruukur Bahan JA29
6. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2020
Lokasi penempatan : MBJB Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MBJB Oktober 2020

CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 8, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan pada pautan (link) yang diberikan di bawah.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 OKTOBER 2020 

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);

(iii) salinan transkrip pengajian;

(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;

(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah);

(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;

(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;

(viii) salinan kad pengenalan;

(ix) salinan sijil kelahiran; dan

(x) gambar berukuran pasport terbaru. 

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
NO. 1, JALAN LINGKARAN DALAM
BUKIT SENYUM
80300 JOHOR BAHRU


CATATAN AM :

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.

(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong