Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan S29 Oktober 2020

Jawatan kosong sektor awam terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional (JPNIN) ambilan oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkalayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan ntergrasi Nasional (JPNIN) sebagai :

1. Guru Tabika Perpaduan Gred S29

Tarikh tutup permohonan 23 Oktober 2020
Lokasi penempatan : JPNIN Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan S29 Oktober 2020


1. BUTIRAN JAWATAN

1.1 Jawatan : Guru Tabika Perpaduan Gred S29 (Kontrak)

1.2 Gred Jawatan : S29

1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

1.4 Taraf Jawatan : Kontrak

1.5 Agensi : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Negeri Sembilan Darul Khusus

1.6 Bilangan Kekosongan : Tujuh (7)

1.7 Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan Darul Khusus

2. JADUAL GAJI GRED S29 : RM1,493.00 – RM5,672.00 - (Min - Max)

3. ELAUN : 

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM 160.00

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM 300.00

Bantuan Sara Hidup (COLA) - RM 350.00 / RM 250.00/ RM 200.00

4. SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

4.1 terdiri daripada Warganegara Malaysia;

4.2 berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

4.3 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

4.4 lulus peperiksaan SPM dengan kelulusan yang setaraf, sekurang-kurangnya tiga kepujian subjek utama, mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris serta Matematik

5. GANJARAN

(17 ½% - 13%) x (gaji akhir (gaji pokok) x jumlah bulan perkhidmatan) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan di dalam KWSP) bagi tempoh bulan perkhidmatan dengan syarat pegawai menyempurnakan perkhidmatan ini dengan memuaskan.

6. DESKRIPSI TUGAS : 

Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunapakai di tabika, membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

7. CARA MEMOHON :

7.1 Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan Darul Khusus atau Sila muat turun pada pautan (link) yang diberikan di bawah.

7.2 Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan Dan Kenaikan Pangkat 2005.

7.3 Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran passport) yang tidak dikembalikan dan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan. Dokumen sokongan yang berkaitan dan telah disahkan perlu dihantar ke alamat seperti berikut :

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 12, Wisma Persekutuan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70000 Seremban.


7.3.1 Pengesahan dokumen perlu dilaksanakan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, ADUN, Imam, Mahkamah Seksyen/Pesuruh Jaya Sumpah, Penghulu atau Pengerusi Rukun Tetangga dan Pemimpin Masyarakat yang diiktirafkan.

8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 Oktober 2020 (4.30 petang)

9. PANGGILAN TEMUDUGA

9.1 Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :

a) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan

b) tidak lengkap atau tidak terang

c) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan

d) tidak menandatangani borang permohonan

e) tidak mengesahkan salinan dokumen yang disertakan

9.2 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

9.3 Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

Muat turun borang permohonan jawatan dan perakuan lantikan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong