Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) September 2020

Temuduga terbuka Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ambilan September 2020. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk menghadiri temu duga terbuka jawatan seperti yang berikut:

1. MAKLUMAT KEKOSONGAN JAWATAN

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Penempatan : DBP Hulu Kelang

BUTIRAN

Kelayakan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia

Jumlah Kekosongan : 20

Kadar Upah (RM/Sehari) : RM54.00

2. SYARAT LANTIKAN

Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:

Kelayakan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia

Syarat Lantikan : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Temuduga Terbuka DBP September 2020



3. MAKLUMAT TEMU DUGA

Temu duga terbuka akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh Temuduga : 22 September 2020 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat :

Bilik Latihan 6 & 7,
Tingkat 5, Wisma DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

4. CARA MEMOHON DAN ETIKA SEMASA TEMU DUGA

4.1 Calon yang berminat perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian Borang PSM: 2/2019 dengan lengkap. Borang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang DBP, http://lamanweb.dbp.gov.my. Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dibawa semasa temu duga. (Sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah)

4.2 Calon juga perlu membawa dokumen asal dan satu salinan dokumen seperti yang berikut:

a) Kad Pengenalan;

b) Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia;

c) Gambar berukuran pasport (ditampal pada borang permohonan); dan

d) Sijil akademik, kokurikulum dan kursus yang lain.

4.3 Calon wajib berpakaian kemas dan formal semasa menghadiri temu duga.

4.4 Calon wajib mematuhi tatacara dan tanggungjawab calon temu duga seperti lampiran.

4.5 Sekiranya calon tidak memenuhi syarat lantikan, cara memohon dan etika semasa temu duga seperti yang dinyatakan dalam perkara 2 dan 4.1 hingga 4.4, calon tidak dibenarkan untuk ditemu duga.

5. KEPUTUSAN TEMU DUGA

5.1 Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat dan e-mel.

5.2 Calon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temu duga ini dianggap tidak berjaya.

5.3 Segala keputusan dalam urusan ini muktamad.

TANGGUNGJAWAB CALON TEMU DUGA

1. Sebelum Temu Duga

i) Memuat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing.

ii) Memastikan tiada gejala demam (suhu badan tidak melebihi 37.5°C ), batuk, selesema atau sesak nafas.

iii) Membawa alat tulis sendiri.

iv) Calon dikehendaki hadir 30 minit lebih awal sebelum waktu temu duga yang ditetapkan kerana penggunaan lif dihadkan kepada empat (4) orang pada satu-satu masa.

v) Pengiring atau ahli keluarga calon tidak dibenarkan masuk.

2. Semasa Temu Duga

i) Memakai pelitup muka, mengutamakan kebersihan diri, kerap membasuh tangan menggunakan sabun atau pensanitasi tangan dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal (sekurang-kurangnya satu meter).

ii) Menjalani saringan suhu badan di pintu masuk premis atau di mana-mana lokasi yang ditetapkan. Calon yang mempunyai gejala seperti batuk, sakit tekak, selesema atau sesak nafas atau suhu badan melebihi 37.5ÂșC tidak dibenarkan masuk dan dinasihatkan supaya merujuk klinik kesihatan berhampiran dengan segera.

iii) Mendaftarkan kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau imbasan Kod QR DBP. Bagi calon yang tidak mempunyai telefon pintar, sila daftar kehadiran di buku log pendaftaran yang disediakan.

iv) Bagi calon Orang Kurang Upaya (OKU), urusan pergerakan calon di pusat temu duga akan dibantu oleh urus setia sehingga selesai.

v) Tidak dibenarkan bersalam-salaman sepanjang sesi temu duga.

3. Selepas Temu Duga

Beredar dari tempat temu duga dengan kadar segera setelah urusan selesai.

Muat turun borang permohonan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong