Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini UiTM September 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) September 2020. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang Bahasa Inggeris untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik secara sambilan di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Pahang, Kampus Raub.

JAWATAN: PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT) – BAHASA INGGERIS

Tarikh tutup permohonan pada 23 September 2020 (Rabu)
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Terkini UiTM September 2020

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda (CGPA: 3.00 dan ke atas) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (lantikan ke Gred DM41) dan/atau

(ii) Ijazah Sarjana (CGPA: 3.00 dan ke atas) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (lantikan ke Gred DM45)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1) Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
2) Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

3) Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

4) Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

5) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Pahang atau sila ke pautan link yang di berikan di bawah.

(b) Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 SEPTEMBER 2020 (RABU)

(c) Sila hantarkan permohonan lengkap berserta SALINAN dokumen yang telah disahkan melalui email kepada khalidmp@uitm.edu.my atau kemukakan permohonan kepada:

KOORDINATOR KURSUS

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG, KAMPUS RAUB
27600 RAUB
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-3515417 / 019-3852074

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong