Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pemandu Di Bank Rakyat Oktober 2020

Jawatan kosong terkini di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Oktober 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Bank Rakyat sebagai :

1. PEMANDU

Tarikh tutup permohonan 27 Oktober 2020
Lokasi penempatan : Kota Tinggi, Johor dan Bintulu Sarawak
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Pemandu Di Bank Rakyat Oktober 2020

A. RINGKASAN KERJA

Melaksanakan tugas sebagai pemandu van (Bank Bergerak Ar-Rahnu) dari cawangan induk ke lokasi operasi yang telah ditetapkan, serta lain-lain tugas am sepertimana yang diarahkan Eksekutif dan Ketua.

B. TUGAS & TANGGUNGJAWAB

1. Memastikan semua peralatan keselamatan dan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat.

2. Memastikan kenderaan Bank Bergerak diselenggara dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Memastikan penyediaan kawasan operasi seperti kerusi, meja, banner, flyres dan lain-lain peralatan pemasaran untuk maklumat dan kegunaan pelanggan.

4. Mengemas semua perkakasan yang digunakan di lokasi operasi sebelum bertolak pulang ke Cawangan.

5. Memastikan kenderaan sentiasa berkunci.

6. Melaksanakan daftar surat keluar dan surat masuk.

7. Melaksanakan daftar courier serta membuat susulan terimaan courier.

8. Menghantar cek untuk penjelasan ke Cawangan.

9. Menghantar dan mengambil dokumen serta bayaran stamping ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

10. Melaksanakan deposit cek ke ‘banker’

11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Eksekutif Bank Bergerak

12. Mematuhi arahan Ketua Wilayah/Pihak Atasan dari semasa ke semasa.

13. Melaksanakan tugasan wargakerja gantian di wilayah masing-masing mengikut keperluan

14. Membaca, memahami serta mematuhi Garis Panduan Operasi (GPO) dan Garis Panduan Am (GPA) yang ditetapkan.

C. CABARAN-CABARAN UTAMA

1. Memastikan kenderaan ARROW bersama wargakerja dan peralatan sampai ke lokasi operasi pada masa yang telah ditetapkn dengan selamat.

2. Memastikan kederaan parkir di tempat yang bersesuaian untuk menjalankan operasi.

D. KELAYAKAN MINIMUM

1. Lulus PMR/SPM

2. Pengalaman Kerja sebagai pemandu dan mempunyai lesen GDL

3. Mempunyai pengetahuan berhubung pemanduan kenderaan komersial (van) dan dan penjagaan/ kendalian kenderaan.

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah membuat permohonan di laman portal kerjaya Jobstreet Malaysia di alamat https://www.jobstreet.com.my secara 'Online' atau sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong