Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MIROS September 2020

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Oktober 2020. Permohohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di MIROS sebagai :

1. PEMBANTU PENERBITAN GRED N19

Tarikh tutup permohonan pada 30 September 2020
Lokasi penempatan :MIROS Kajang Selangor
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong MIROS September 2020

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my. atau sila ke pautan (link) yang diberikan di bawah.

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);

(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi; (jika berkaitan)

(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain; (jika berkaitan)

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor


5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong