Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KKM Februari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Februari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
2. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19

Tarikh tutup permohonan pada 10 Februari 2020
Lokasi penempatan : Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong KKM Februari 2020

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Syarat Kelayakan :

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv. Lulus dengan kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

v. Sihat tubuh badan

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai sijil komputer / berkemahiran mengendalikan komputer)

2. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19

Syarat Kelayakan :

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut)

ATAU

iv. Sijil Vokasinonal Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan

DAN

v. Lulus dengan kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termsuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerjaan dan

vi. Sihat tubuh badan

Cara memohon :

i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh didapati secara on-line di Laman Web Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah di alamat www.hwkks.moh.gov.my (Sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah). Gambar berukuran passport yang terkini hendaklah dikepilkan bersama dengan borang permohonan. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar dalam sampul surat 32cm X 22cm dan ditulis nama jawatan disudut atas sebelah kiri. Tarikh tutup permohonan tidak lewat atau pada 10 Februari 2020 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang. Sila hantar borang permohonan tersebut dan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut;

Pengarah Hospital
Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah,
Unit Perjawatan / HRMIS
Aras 4, Bahagian Pengurusan
Peti Surat 187,
88996 KOTA KINABALU 

ii. Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan), sijil-sijil akademik, Resume / biodata terkini dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

iii. Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas satu (1) minggu dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap  permohonan mereka Tidak Berjaya.

Muat turun iklan jawatan 1 disini dan iklan jawatan 2 disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Lihat juga : 

Jawatan Kosong KKM Negeri Selangor Februari 2020
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong