Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka PTPTN Januari 2020

Jawatan kosong/ Temuduga Terbuka/ Walk in Interview terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Januari 2020. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 18 tahun pada tarikh temuduga serta berminat menghadiri temuduga terbuka jawatan sebagai :

1. EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

Lihat juga : 
Jawatan Kosong Terkini PTPTN Februari 2020
Temuduga Terbuka PTPTN Februari 2020

LOKASI PENEMPATAN KERJA

1) PUSAT KHIDMAT PELANGGAN (PKP), MENARA PTPTN, KUALA LUMPUR

2) PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) MELAKA
(Pejabat PTPTN Cawangan Masjid Tanah dan Jasin)

3) PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) NEGERI SEMBILAN
(Pejabat Cawangan sekitar Tampin, Negeri Sembilan)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT TEMUDUGA PTPTN

TEMUDUGA PTPTN DI KUALA LUMPUR

Tarikh / Hari : 15 dan 16 Januari 2020 / Rabu dan Khamis
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang*
(pendaftaran dibuka : 9.00 pagi - 12.00 tengahari)
* Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang

Tempat Temuduga : 


Dewan Besar PTPTN, 
Tingkat 1 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR

TEMUDUGA PTPTN DI MELAKA

Tarikh / Hari : 20 dan 21 Januari 2020 / Isnin dan Selasa
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
(pendaftaran dibuka mulai 9.00 pagi - 12.00 tengahari)
* Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang

Tempat Temuduga : 

JOB MALAYSIA UTC MELAKA
Aras 4, Pusat Transformasi Bandar
Jalan Hang Tuah,
75300 MELAKA

TEMUDUGA PTPTN DI NEGERI SEMBILAN

Tarikh / Hari : 20 Januari / Isnin
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang*
(pendaftaran dibuka : 9.00 pagi - 12.00 tengahari)
* Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang

Tempat Temuduga : 

Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Negeri Sembilan
Cawangan Tampin
A 1-6, Kompleks B Tampin Square
70300 Tampin
NEGERI SEMBILAN

Temuduga Terbuka/ Walk in Interview PTPTN Januari 2020


SYARAT LANTIKAN

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

GAJI : RM1,600.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(d) Keutamaan diberi kepada calon :
  • Lelaki;
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
  • Peramah;
  • Perwatakan menarik dan mesra pelanggan;
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
  • Mempunyai kemahiran berunding dan pandai memujuk;
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik; dan
  • Mempunyai lesen memandu serta memiliki kenderaan sendiri. (keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kereta) 
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (yang dikepilkan bersama iklan perjawatan, sila muat turun pada pautan link yang diberikan dibawah) yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijilsijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut :

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;

b) Salinan Surat Beranak pemohon;

c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

d) Salinan lesen memandu; dan

e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM

a) Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

b) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.

Iklan dan borang permohonan PTPTN Kuala Lumpur disini


Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong