Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PTPTN - Tarikh Tutup 17 September 2019

Jawatan kosong terkini September 2019 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Eksekutif PTPTN.

1. KETUA EKSEKUTIF VU6

Tarikh tutup permohonan 17 September 2019
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun/ Swasta

Jawatan Kosong PTPTN September 2019


MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan : Ketua Eksekutif
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Tertinggi
Gred Jawatan : Gred Utama B (VU6)
Jumlah Gaji & Elaun Tetap : 
Minimum RM 14,465.00
Maksimum RM 28,595.00

Status Pelantikan : Secara kenaikan pangkat (tetap) / pelantikan pinjaman / pelantikan kontrak.

Deskripsi Tugas :

Jawatan ini merupakan jawatan utama dan pegawai adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan pentadbiran, operasi, perancangan program dan aktiviti PTPTN termasuk pelan strategik, integriti organisasi serta pengurusan risiko. Di samping itu, Ketua Eksekutif perlu memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan dilaksanakan dengan teratur selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Lembaga Pengurusan.

Syarat Lantikan :

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang pengurusan/ kewangan/ pelaburan/ perniagaan/ pemasaran/ perakaunan/ ekonomi dan lain-lain bidang yang berkaitan. Calon yang memiliki ijazah di peringkat yang lebih tinggi atau sijil profesional adalah satu kelebihan; dan

c. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia termasuk Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki:

a. Sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan/ kewangan/ pelaburan; dan

b. Berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam menerajui organisasi serta memiliki sifat-sifat kepimpinan yang cemerlang, dinamik, komited dan berwawasan untuk membangunkan PTPTN. Berkebolehan dalam mengurus hal-hal pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan aset bagi mencapai objektif PTPTN serta mempunyai jaringan kerjasama sektor awam dan swasta yang baik.

Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi semua syarat, hendaklah mengemukakan permohonan rasmi berserta:

a. Resume / Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi butir-butir peribadi (sertakan juga alamat e-mel), kelayakan akademik (sertakan salinan dokumen/sijil yang berkaitan), pengalaman kerja serta pencapaian kerja dalam bidang berkaitan dan sekeping gambar bersaiz pasport.

b. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 17 September 2019 ke alamat berikut :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Tingkat 19, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR
(u.p : Pengurus Besar Kanan, Jabatan Modal Insan)

Perhatian:

a. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

b. Pemohon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong