Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Tarikh Tutup 28 Mei & 14 Jun 2019

Jawatan Kosong Universiti/ University Jobs terkini di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Jun 2019. Universiti Malaysia Sarawak mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelakasana. Pemohon dipelawa untuk mengisi jawatan tersebut secara TETAP/KONTRAK sebagai :

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
3. Pembantu Awam H11
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 28 MEI 2019

4. Pegawai Sains C41
5. Jururawat U41
6. Pegawai Pemulihan Perubatan U41
7. Juru X-ray U29
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 14 JUN 2019

LOKASI : UNIMAS SARAWAK
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Jun 2019


A. Prosedur Permohonan:

Pemohon hendaklah memohon melalui borang permohonan jawatan secara atas talian (eRecruitUNIMAS) yang boleh dicapai melalui https://ehcm.unimas.my/eRecruitUNIMAS (atau sila klik pada link permohonan secara online di bawah)

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

B. Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei & 14 Jun 2019

C. Makluman Ujian Tapisan dan/atau Temuduga:

Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani ujian/proses tapisan yang akan ditetapkan oleh UNIMAS (jika perlu) sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

Nota: Pemohon Tidak Perlu Menghantar Dokumen Sehingga Dipanggil Untuk Menghadiri Ujian Tapisan/Temuduga (Disenarai Pendek) TETAPI perlu memuatnaik semua sijil-sijil berkaitan mengikut keperluan eRecruitUNIMAS.

D. Prosedur Penghantaran Dokumen Bagi Permohonan Yang Telah Disenarai Pendek:

(1) Calon yang telah disenarai pendek dikehendaki menghantar (satu (1) salinan) borang permohonan (eRecruitUNIMAS) yang dicetak dan gambar berukuran pasport beserta (satu (1) set) salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

(a) Kad Pengenalan
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-sijil akademik yang berkenaan beserta transkrip (PMR/SRP/setaraf, SPM/setaraf, STPM/Setaraf, Diploma, Ijazah Sarjana Muda)
(d) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan
(e) Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa-kuasa tempatan hendaklah memajukan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap.

(2) Dokumen permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah dengan kadar SEGERA atau semasa menghadiri ujian tapisan (jika ada).

Pendaftar
Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN
(u/p : Unit Perjawatan & Pembangunan Organisasi)

Tel : 082-581000 Fax : 082-581095

(3) Permohonan akan DITOLAK dan senarai pendek calon boleh DIBATALKAN sekiranya pemohon gagal mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di atas, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak ditandatangani, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan lewat diterima dan gambar tidak seperti yang ditetapkan (gambar scan tidak dibenarkan).

(4) Pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat permohonan bagi jawatan 1 hingga 3 disini

Muat turun iklan dan syarat permohonan bagi jawatan 4 hingga 7 disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong