Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Penguasa Kastam WK41 — [Tarikh Tutup 03 Mac 2019]

Terdapat 230 kekosongan jawatan kosong terkini Penguasa Kastam WK41 Mac 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawataan kosong terkini di Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai :

1. Penguasa Kastam Gred WK41
- 80 Kekosongan
- 150 Simpanan

* Ijazah Bidang Keutamaan :

1) Undang-undang
2) Perakaunan
3) Kewangan
4) Perniagaan
5) Ekonomi
6) Pemasaran
7) Sains Komputer
8) Sains
9) Kejuruteraan (Kimia/ Makanikal)
10) Perbankan
11) Matematik
12) Hubungan Antarabangsa
13) Statistik
14) Percukaian

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 03 MAC 2019 (Ahad) 11.59 MALAM
LOKASI : Seluruh Malaysia
SEKTOR : Kerajaan

Jawatan Kosong Penguasa Kastam WK41 Mac March 2019


JAWATAN : PENGUASA KASTAM GRED WK41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,094.00
Gaji Maksimum : RM9,585.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) syarat kelayakan

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau

(iv) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau

(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

CARA MEMOHON JAWATAN PENGUASA KASTAM GRED WK41

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online pada laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA) Malaysia di http://www.spa.gov.my atau sila klik pada link permohonan secara online di bawah.

Calon-calon  yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup bagi jawatan Penguasa Kastam WK41 pada 03 Mac 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan Penguasa Kastam WK41 secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong