Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Januari 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini Januari 2019 di Negeri Sembilan. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) seperti berikut:


1. Pembantu Awam H11

2. Penolong Pegawai Undang-Undang L29

3. Penolong Jurutera (Awam) JA29

4. Penolong Pegawai Seni Bina JA29

5. Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29

6. Pembantu Penilaian W19

7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

8. Pembantu Operasi N11

9. Pemandu Kenderaan H11


CARA MEMOHON

i) Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my atau sila muat turun pada link di bawah.

ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumatmaklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JKKK.

a. Gambar warna ukuran pasport;

b. My Kad/Kad Pengenalan;

c. Sijil kelahiran (surat beranak);

d. Sijil berhenti sekolah;

e. Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah (PMR);

f. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

g. Diploma dalam bidang yang berkaiatan;

h. Lain-lain sijil yang berkaitan.

iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masingmasing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2018.

iv) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah KIRI sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Km 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)



TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 25 JANUARI 2019

Jawatan Kosong MPPD Januari 2019

PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK SEKIRANYA:

i) Borang permohonan tidak lengkap atau tidak bergambar;

ii) Tidak memenuhi syarat iklan; dan

iii) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.


PERHATIAN

i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil melalui talefon atau surat untuk ujian bertulis dan temu duga.

ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (Tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).

iii) Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.

Iklan dan syarat permohonan dan borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong