Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kerajaan di Parlimen Malaysia Januari 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Parlimen Malaysia Januari 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Parlimen Malaysia sebagai :-

1. Pemandu Kenderaan Gred H11


1. BUTIRAN JAWATAN
1.1 Jawatan/ Gred : Pemandu Kenderaan Gred H11
1.2 Kementerian/ Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak
1.5 Bilangan Kekosongan : Satu (1)

2. GRED DAN JADUAL GAJI : RM1,218.00 – RM2,939.00 (Gred H11)

3. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

3.1 Warganegara Malaysia;

3.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3.3 Mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan kerajaan;

3.4 Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

3.5 Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan

3.6 Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

3.7 Keutamaan akan diberikan kepada calon yang menetap di sekitar Putrajaya atau yang berdekatan dengannya;

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Januari 2019


4. CARA MEMOHON

4.1 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my).

4.2 Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.

4.3 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), resume, salinan Sijil Kelahiran, salinan My Kad, salinan kelulusan akademik dan salinan sijil berhenti sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

4.4 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
BANGUNAN PARLIMEN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR

(up: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Inovasi)

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Januari 2019 (Jumaat)

Tarikh Iklan : 11 Januari 2019

Catatan Am : Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini (doc)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong