Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kerajaan di Balai Seni Negara Januari 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini Januari 2019 di Kuala Lumpur. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dipelawa memohon jawatan kosong terkini di Balai Seni Negara sebagai :-

1. KURATOR S41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendakah dibuat dengan menggunakan BORANG LPSVN 1/94 (Pindaan 2013) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan LPSVN atau boleh dimuat turun daripada laman web LPSVN www.artgallery.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan atau sila muat turun pada link muat turun di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijilsijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Jawatan Kosong Balai Seni Negara Januari 2019


PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:-

i. tidak menggunakan Borang LPSVN 1/94 (Pindaan 2013);

ii. tidak disertakan gambar berukuran pasport;

iii. tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan dan tidak disahkan benar seperti salinan asal;

iv. tidak lengkap dan tidak terang;

v. tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;

vi. tidak menandatangani borang permohonan.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah disampaikan kepada;

Ketua Pengarah
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan))


(b) Tarikh tutup : 24 Januari 2019

CATATAN AM

(a) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

(c) Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong