Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (TH) - 30 Jun 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Lembaga Tabung Haji (TH) Jun 2017 | Jawatan kosong terkini di Lembaga Tabung Haji (TH) Jun 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai :

1. PEMANDU

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:-
1.0 PEMANDU (GRED A) - Kekosongan di Ibu Pejabat TH Jalan Tun Razak
1.1  SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
i. Lelaki;
ii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
iii. Memiliki Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
iv. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang meliputi oleh Skim Perkhidmatan ini;
v. Mempunyai personaliti yang kemas, berketerampilan, keperibadiaan terpuji dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

Keutamaan :-
vi. Calon yang memiliki Lesen Memandu Kelas E1 atau E2 dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
1.2  TANGGUNGJAWAB

i. Memastikan kebersihan dan kesempurnaan kenderaan setiap hari;
ii. Bertanggungjawab memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang meliputi Skim Perkhidmatan ini;
iii. Membawa Pengurusan TH dan lain-lain anggota untuk tugasan rasmi;
iv. Memastikan kenderaan TH  diselenggara mengikut jadual;
v. Merekod pergerakan kenderaan TH di dalam buku log;
vi. Menjalankan kerja-kerja pembantu am seperti despatch surat-surat rasmi Pejabat;
vii. Membantu Kerani Pentadbiran dalam urusan kerja harian sekiranya diperlukan;
viii. Menjalankan kerja-kerja yang diarahkankan dari semasa ke semasa.
Tarikh tutup permohonan 30 Jun 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong