Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS) Tahun 2017

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS) Tahun 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Tahun 2017.

1. SYARAT

1.1 Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
diiktiraf setaraf dengannya; dan

1.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) calon perlu memiliki sekurang kurangnya keputusan berikut:

(a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua daripada
mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus
dalam satu peperiksaaan; atau
(b)lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua peperiksaaan dalam tempoh tiga tahun berturutturut;
dan
(c) calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

1.3 terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.

Tarikh tutup permohonan 25 Mei 2017
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS) Tahun 2017

Iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong