Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MRSM Tun Ghafar Baba - April 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di MRSM Tun Ghafar Baba April 2017 | Jawatan kosong terkini di MRSM Tun Ghafar Baba April 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia  yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di MRSM Tun Ghafar Baba sebagai :

1. GURU SAMBILAN

Tarikh tutup permohonan April 2017
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong MRSM Tun Ghafar Baba 2017


Sejarah Penubuhan

MRSM Tun Ghafar Baba ditubuhkan pada tahun 1981. Terletak di Daerah Jasin di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Perasmian tapak telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka ketika itu, YAB Datuk Mohd Adib Adam pada 21 Jun 1981. Pembangunan fasa pertama mengandungi Blok Akademik, Blok Pentadbiran, Blok Asrama, Dewan Selera, Dewan Kuliah, Dewan Besar, Pusat Sumber Ilmu dan Blok Makmal.

Pengambilan pelajar pertama ialah pada 02 Ogos 1982 terdiri dari 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua. Manakala bilangan guru pula ialah seramai 16 orang. Pembukaan rasmi maktab ini telah disempurnakan pada 08 Mac 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Musa Hitam.

Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba telah mengikuti Program Khas Pendidikan (PKP) sepenuhnya sehinggalah sekarang. Ini bermakna MRSM Tun Ghafar Baba hanya mengambil pelajar lepasan PMR sahaja (yang layak) untuk ke tingkatan 4 dan seterusnya ke tingkatan 5. Sempena menyambut ulang tahun ke-25 MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 25 Julai 2006 oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. 
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong