Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Rapid Rail Sdn Bhd - 07 April 2017

Jawatan kosong Rapid Rail Sdn Bhd April 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Rapid Rail Sdn Bhd sebagai :

1. PEGAWAI STESEN / PEGAWAI TRANSIT

Diskripsi Kerja:
Memberi sokongan khidmat pelanggan yang cemerlang kepada para penumpang dan kakitangan di semua stesyen MRT berhubung dengan kemudahan di stesyen, keselamatan, kebersihan, tindak balas kecemasan, bantuan rawatan kecemasan dan pelaksanaan Pelan Perkhidmatan Gantian untuk memberikan perkhidmatan yang selamat, meyakinkan serta efisyen.
Kelayakan Akademik:
• Diploma dalam bidang Pelancongan / Pengurusan Hotel / Hospitaliti / Komunikasi Massa / Pengurusan Pejabat atau setaraf. Pelajar yang baru menamatkan pengajian adalah digalakkan memohon.
• Berpewatakan menarik dan ceria
• Memiliki kemahiran khidmat pelanggan yang baik dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
• Memiliki lesen memandu yang sah sekurang-kurangnya B2 dan keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kenderaan sendiri,
• sanggup berkerja syif.
Faedah-faedah & kemudahan yang disedikan:
• Caruman KWSP dan PERKESO
• Elaun syif
• Pakaian Seragam & Elaun dobi
• Kemudahan perubahan (termasuk ahli keluarga untuk yang berkeluarga)
• Program latihan yang komprehesif
• Kemudahan menggunakan perkhidamatan pengangkutan di bawah Kumpulan Prasarana secara percuma
• Pembangunan Kerjaya

Tarikh tutup permohonan 07 April 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 0322822054 (Recruitment Hotline)

Info jawatan selanjutnya disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong