LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Mac 2017 | Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Mac 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai :

1. PELUKIS PELAN (SENIBINA)  JA19
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29/U32
3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29/JA36
4. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
5. PEGAWAI PENILAIAN W41
6. ARKITEK J41

Tarikh tutup permohonan 14 Mac 2017
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

Latar Belakang

Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.

Advertisement