Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) - 27 Februari 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) Februari 2017  | Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) Februari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) sebagai :

1. PENOLONG AKAUNTAN W29 
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41 
3. PEMANDU KENDERAAN H11
4. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan 27 Februari 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

LATAR BELAKANG

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya.

Walau bagaimanapun, Majlis Sukan Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1979 adalah tidak meliputi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dari segi Akta Majlis Sukan Negara (Pindaan) 1979 (Akta A460) Seksyen 2(a). Seksyen tersebut hanya menyatakan kewujudan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Negeri di bawah seksyen 7 dan tidak merujuk kepada Majlis Sukan Kuala Lumpur.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong