Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PPPNP - Terbuka 2017

Jawatan kosong terkini di PPPNP 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan-jawatan berikut:

JAWATAN : PENGURUS LADANG

TANGGUNGJAWAB:

  •     Berkeupayaan untuk menguruskan kawasan ladang getah atau kelapa sawit seluas 2500 ekar atau lebih;
  •     Memastikan pembangunan ladang dan pengurusan ladang mengekalkan standard yang memuaskan
  •     Mengurus dan memantau operasi ladang dan pejabat juga memastikan Kumpulan PPPNP boleh mencapai matlamat dengan cara dan masa yang tepat;
  •    Berkeupayaan untuk memimpin dan memberi motivasi kepada kakitangan dan tenaga kerja untuk meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja.


jawatan kosong pppnp


KELAYAKAN:

  1.     Diploma / Ijazah dalam Perladangan atau kelayakan yang berkaitan atau memiliki lebih daripada 10 tahun pengalaman perladangan;
  2.    Keupayaan untuk berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  3.     Mempunyai semangat dan motivasi kerja yang tinggi serta mampu bekerja di bawah tekanan.

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong