1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
2. PEMBANTU MAKMAL C19
3. PEMBANTU TAMAN / LADANG G19
4. PEMBANTU AKAUNTAN W19
5. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
Tarikh tutup permohonan 13 Disember 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan
MENGENAI UMK
Berpacukan konsep “Keusahawanan Teras Kami”, usaha menobatkan pendidikan keusahawanan tidak akan mantap tanpa tenaga kerja yang cekap dan berkesan. Bergerak di atas landasan kecemerlangan, universiti dipacu sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mortaza Bin Mohamed, Naib Canselor dan disokong oleh pengurusan tinggi dan kanan serta tenaga akademik yang perkasa, kini UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan - Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 27 program terkini dan relevan yang ditawarkan di lima buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa.
Persediaan kepada pembentukan sumber modal insan yang mantap, turut dibantu dengan sistem sokongan berkeupayaan untuk menampung kehendak pemegang taruh UMK. Staf sokongan yang bersedia sepanjang masa serta ekosistem yang efisyen membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara kondusif tanpa sebarang gangguan. Sesuai dengan perkembangan yang drastik, UMK kini bersedia untuk meneroka lebih jauh dimasa akan datang
Muat turun iklan jawatan dan syarat kelayakan disini