Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Seremban (MPSNS) - 06 Disember 2016

Jawatan kosongkerajaan terkini di Majlis Perbandaran Seremban (MPSNS) Disember 2016 | Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Seremban (MPSNS) Disember 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan rakyat Negeri Sembilan) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Seremban (MPSNS) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
3. SETIAUSAHA PEJABAT N29
4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
5. PENGHANTAR NOTIS N11

Tarikh tutup permohonan 06 Disember 2016
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

Cara Memohon :
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang didapati dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.10 (1 borang) di Majlis Perbandaran Seremban dengan mengambil sendiri dan 1 borang adalah untuk 1 jawatan sahaja.

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut :
i) salinan kad pengenalan (telah dipalang ’untuk kegunaan MPS sahaja’)
ii) salinan surat beranak
iii) salinan sijil-sijil kelayakan
iv) salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan
v) gambar berukuran pasport

c) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti di para (b) tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamat Permohonan :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Seremban,
Jalan Yam Tuan,
70990 Seremban.
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)
Tel : 06-7667500

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong