Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) - 14 Disember 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Disember 2016 | Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Disember 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
3. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
4. PEMBANTU PENILAIAN W19
5. PEMANDU KENDERAAN H11
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Tarikh tutup permohonan 14 Disember 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Jabatan Khidmat pengurusan, atau boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Daerah Sabak Bernam di alamat www.mdsb.gov.my.

b) Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil- Sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah Menengah,
iii) Salinan kelulusan akedemik (Sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Sijil / Diploma / Ijazah dari IPTS dan luar negara – (Jika berkenaan)
iv) Transkip keputusan peperiksaan semua semester
v) Sekeping gambar berukuran pasport (Warna).
vi) Setiap permohonan mesti di masukan kedalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah diserta bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong