facebook SILA LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) November 2016 | Jawatan kosong  terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) November 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai :

1. Outlet Assistant (Sales Representatives) - Gred P4
2. Kerani Kewangan - Gred K1
3. Jurujual – Gred K2

Tarikh tutup permohonan 30 November 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong FAMA

CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil-sijil persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi terakhir.

(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP : Permohonan hendaklah sampai kepada:

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

Sebelum atau pada : 30 NOVEMBER 2016 (RABU)

CATATAN AM :
1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sila gunakan satu borang untuk dua atau lebih jawatan yang dipohon.

Info jawatan selanjutnya disini
Advertisement