Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad - 30 November 2016

Jawatan kosong terkini di Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad sebagai:

1. Pegawai Syariah 

Deskripsi/ Tugasan:
-Memastikan aspek sistem tadbir urus koperasi mematuhi syariah.
-Merangka dan melaksanakan audit syariah
-Mengkaji dan memberi pandangan aspek syariah untuk terimaan tawaran pembiayaan, kertas kerja dan perniagaan baru.
-Membantu penyediaan kertas kerja dan dan melaksanakan pembentangan.
-Mengimarahkan aktiviti keagamaan dan tanggungjawab sosial.
-Menyediakan dan membentangkan laporan bulanan.

Syarat dan kelayakan :
-Minimum Diploma Pengajian Islam - Fiqh Muamalat.
-Mempunyai pengetahuan berkenaan produk perbankan islam satu kelebihan.
-Boleh menjalankan tugas dengan pengawasan yang minima.
-Sihat tubuh badan.
-Menunaikan solat 5 waktu.
-Lelaki diutamakan.

2. Pegawai Pemasaran 

Deskripsi/ Tugasan:
-Merancang, memasarkan dan mempromosikan produk koperasi.
-Mengenalpasti dan membina jaringan terus dengan agensi-agensi atau pelanggan yang berpotensi.
-Menyediakan kertas kerja dan melaksanakan pembentangan.
-Menyediakan dan menguruskan dokumen-dokumen komersial.
-Menyediakan dan membentangkan laporan bulanan kepada pengurusan.

Syarat dan kelayakan :
-Kelulusan minimum Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perbankan dan Pemasaran.
-Jujur dan berintegriti dalam menjalankan tugas.
-Boleh menjalankan tugas dengan pengawasan yang minima.
-Sihat tubuh badan.
-Melaksanakan solat 5 waktu.
-Lelaki diutamakan.

Majikan : Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad
Alamat : No 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.

Cara Memohon :
Sila hantarkan resume dan sijil berkaitan sebelum atau pada 30 November 2016 ke alamat di bawah

No 17, Jalan SG 3/4, Taman Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.
Link website : http://koiman.com.my/index.php/kerjaya

Jawatan Kosong



Info Syarikat/ Majikan :
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) ialah koperasi yang menjalankan tiga jenis aktiviti perniagaan iaitu Pembiayaan Peribadi, Ar Rahnu X'Change dan Ladang Ternakan I-Man Farm. Koperasi ini yang terletak di Gombak mempunyai wisma nya sendiri dengan aset bernilai RM 426 Juta

**Perhatian : Info jawatan kosong yang diklankan ini telah diposkan melalui borang iklan jawatan kosong. Pemohon adalah dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu info jawatan kosong ini sebelum membuat sebarang permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad ini.  Sekiranya terdapat penipuan atau keraguan pada iklan jawatan kosong ini, sila hantarkan mesej anda ke facebook kami di https://www.facebook.com/jawatankosongkerajaanonline/ untuk tindakan lanjut. Bagi mana-mana majikan yang ingin mengiklankan info jawatan kosong sila isi borang permohonan jawatan kosong di http://ejobskini.blogspot.my/p/tos.html .
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong