facebook SILA LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Oktober 2016. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

1. EKSEKUTIF PEMASARAN

Tarikh / Hari : 27 Oktober 2016 / Khamis
Masa : Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
(pendaftaran dibuka : 9.00 pagi - 11.00 tengahari)
Sesi petang : 2.30 petang hingga 4.30 petang
(pendaftaran dibuka : 2.30 petang - 3.30 petang)
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 10
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 KUALA LUMPUR


Temuduga terbuka di ptptn oktober 2016

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan kurang daripada 45 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :

  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
  • Perwatakan menarik.
  •  Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
  • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik.
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri. (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.

Advertisement