facebook SILA LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Oktober 2016 | Jawatan kosong terkini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Oktober 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebagai :

1. PEGAWAI FARMASI UF41

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEMBANTU AWAM H11

4. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

5. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29

6. PENOLONG JURUTERA (BIOMEDIKAL) JA29

7. PEMBANTU KEMAHIRAN (AWAM) H19

8. PEMBANTU KEMAHIRAN (ELEKTRIK) H19 

9. PEMBANTU KEMAHIRAN (ELEKTRONIK) H19

10. PEMBANTU KEMAHIRAN (MEKANIKAL) H19

11. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Tarikh tutup permohonan 23 Oktober 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

LATAR BELAKANG

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merupakan institusi perubatan badan berkanun yang terletak dalam kampus utama Universiti Malaya, Pantai Dalam, barat daya Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada tahun 1962.

Bertitik tolak dari penggabungan 2 institusi pendidikan tinggi awam era kolonial Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, iaitu Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward VII, maka Universiti Malaya telah tertubuh dengan jayanya pada tanggal 1949. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 1957, Universiti telah dibahagikan kepada 2 entiti berotonomi, satu terletak di Singapura, manakala satu lagi terletak di Kuala Lumpur bermula tahun 1959. Perpisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia, telah menjadikan entiti institusi yang terletak di situ telah bertukar menjadi Universiti Kebangsaan Singapura.

Pada tanggal 5 Ogos 1968, bangunan baharu PPUM telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Nasarudin Shah Ibni Alharmahum Sultan Zainal Abidin.

Advertisement