Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad - 05 November 2016

Jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad November 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad sebagai :

1. Temporary Staff - Space Utilisation Programme

2. E-Commerce Technical Operations Manager


Tarikh tutup permohonan 22 Oktober - 05 November 2016
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta 

Jawatan Kosong

SEJARAH

Sejarah Pos Malaysia Berhad bermula pada awal tahun 1800an apabila perkhidmatan pos pertama diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), dan seterusnya berkembang ke seluruh Tanah Malaya pada abad ke-20.

Surat-surat pada mulanya dihantar melalui penghantar utusan atau pengirim khas.  Pada waktu itu, setem tidak diguna-pakai, dan urusan pembayaran surat-menyurat dilakukan semasa surat diterima di kaunter pejabat pos dan resit akan dikeluarkan apabila surat telah diposkan.

Evolusi teknologi yang membawa kepada kelahiran internet, media digital serta perubahan tingkah laku konsumer, mula memberi kesan kepada pendekatan mel tradisional ini.  Walau mempunyai nilai nostalgia dan lebih berbentuk peribadi, penggunaan mel tradisional ini semakin susut, dan mula diganti oleh media sosial serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pos Malaysia Berhad turut melalui proses evolusi apabila menjangkau abad ke-21 ini.  Kami bukan lagi entiti tradisional yang boleh dipandang enteng, malah kami melalui proses transformasi untuk lebih berdaya saing dan menyesuaikan fungsi organisasi kami untuk memenuhi kehendak serta keperluan pelanggan dan pasaran masa kini.

Sejajar dengan peranan kami sebagai organisasi perkhidmatan pos negara, Pos Malaysia Berhad berubah menjadi entiti konglomerat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan rundingan dan penyelesaian serta khidmat kewangan dalam memastikan kami setanding dengan syarikat-syarikat lain di dalam dan luar negara.

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong