LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) Oktober 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan Rakyat Negeri Sembilan) yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini diMajlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sebagai :

1. AKAUNTAN WA41

2. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT FA29

3. PENOLONG JURUTERA JA29

4. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

5. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

6. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh tutup permohonan 21 Oktober 2016
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati daripada urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dari tarikh jawatan diiklankan iaitu 7 Oktober 2016 . Borang juga boleh didapati secara proses muat turun daripada laman web rasmi MDKP, http://www.mdkp.gov.my

2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama PU (A) 176/2005.

3 Tarikh tutup permohonan ialah pada : 21 Oktober 2016.

4. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti pegawai kumpulan A (Pengurusan dan Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan setaraf beserta gambar berukutan passport yang dialamatkan kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Advertisement