LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Oktober 2016 | Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Oktober 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19 - 57 KEKOSONGAN


Tarikh tutup permohonan 23 Oktober 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

SEJARAH

Sejarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bermula pada 22 Ogos 1934 melalui penubuhan Malayan Establishment Office (MEO) atau Pejabat Perjawatan Malaya yang beroperasi di City Hall, Singapura. Apabila pentadbiran dipindahkan ke Tanah Melayu pada tahun 1954, Jabatan ini turut dipindahkan ke Kuala Lumpur dan beribu pejabat di Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin. Pertambahan fungsi dan saiz seterusnya memerlukan Jabatan ini berpindah ke lokasi baru di Bangunan UMBC, Jalan Sulaiman seterusnya ke Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara sebelum berpindah ke Wisma Bernama, Jalan Tun Razak. Bagi memudahkan pelanggan berurusan, beberapa Bahagian yang menyediakan perkhidmatan kaunter telah ditempatkan di pusat bandaraya Kuala Lumpur seperti Cawangan Perundingan dan Rekod di Wisma PKNS, Jalan Raja Laut, Bahagian Pencen di Bangunan KWSG, Jalan Kampung Attap dan Bahagian Latihan danPembangunan Kerjaya di Bangunan PERKIM, Jalan Raja Laut.



Advertisement