Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka di PTPTN Pada 19 September 2016

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) September 2016. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada 1 Januari 2016 dan tidak lebih dari 45 tahun pada 31 Disember 2016 untuk menghadiri temuduga terbuka bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 bertaraf kontrak yang akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 


Tarikh / Hari : 19 September 2016 / Isnin
Masa : 9.30 pagi hingga 4.00 petang
(pendaftaran dibuka sehingga 12.00 tengahari)
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Sabah
B-01, Tingkat 1
Warisan Square
Jalan Tun Fuad Stephens
88100 Kota Kinabalu
SABAH

Penempatan : Calon yang berjaya akan ditempatkan di PPN Sabah


temuduga terbuka di ptptn september 2016


CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

ii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

iii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi. 

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong