Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 30 September 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

2. PEMBANTU MAKMAL C17

3. PEREKA GRAFIK B27

4. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29


Tarikh tutup permohonan 30 September 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan


Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) September 2016


PANDUAN PERMOHONAN
1. Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

3. Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak. Setelah borang online lengkap diisi:
-Cetak CV lengkap dan lekatkan gambar.
-Lampirkan salinan-salinan keputusan SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sijil-sijil Kokurikulum dan
sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan). Poskan ke alamat tertulis di bawah.
-Pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/ sementara
atau PSH) hendaklah menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar
UPSI melalui ketua jabatan.

4. Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.

5. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya. Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

6. Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6863 ( En. Hashim) atau emel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

7. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah di anggap tidak berjaya.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong