facebook SILA LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) September 2016 | Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN E29

2. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29

3. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29 


Tarikh tutup permohonan 16 September 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan


Jawatan Kosong


LATAR BELAKANG
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."


Advertisement