Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini di MPSJ - 05 Oktober 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Oktober 2016 | Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Oktober 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan Rakyat Negeri Selangor) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai :

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

3. PEMBANTU PENILAIAN W19

4. PEMANDU KENDERAAN H11

5. PEMBANTU AKAUNTAN W19


Tarikh tutup permohonan 05 Oktober 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong dan maklumat jawatan boleh dilayari di laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui internet: www.mpsj.gov.my.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

i) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
ii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iv) Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri

d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN) 

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong