Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) - 26 September 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) September 2016 | Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 - 300 KEKOSONGAN


Tarikh tutup permohonan 26 September 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong


LATAR BELAKANG
Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan telah ditukar nama kepada Establishment Office of Malaysia. Nama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968. Dari zaman Sir John Huggins pada tahun 1934, gelaran yang digunakan selaku Ketua Perkhidmatan Pentadbiran pada ketika itu adalah Malayan Establishment Officer.

Manakala semasa A.J. Gracie memegang jawatan tersebut pada tahun 1954 gelaran diubah kepada Federation Establishment Officer. Apabila H.G. Turner menggantikan Gracie pada tahun 1957 hingga Tan Sri Ahmad Hj. Husin selaku Ketua Perkhidmatan sektor awam pada tahun 1960, gelaran yang digunakan dikenali sebagai Principal Establishment Officer (P.E.O).

Namun demikian, bermula tahun 1962 gelaran ini telah diubah kepada Ketua Pegawai Perjawatan sehingga 1967 iaitu pada masa Tunku Mohamed Tunku Besar Burhanuddin menerajui perkhidmatan awam. Semasa Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin memegang tampuk kepimpinan, gelaran ini telah diubah sekali lagi kepada Pengarah Perjawatan Malaysia pada tahun 1968.

Walau bagaimanapun, ia telah ditukar dengan gelaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seperti yang digunakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1968 bertarikh 7 Oktober 1968 dan gelaran ini diguna pakai sehingga kini.

Sejak 1 Julai 1954, JPA telah diterajui oleh 21 orang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong