Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Persatuan Pandu Puteri Malaysia - 21 September 2016

Jawatan kosong terkini di Persatuan Pandu Puteri Malaysia September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kuang daripada 18 yahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai:

1. PENOLONG SETIAUSAHA KERJA


Deskripsi/ Tugasan:
1. Bekerjasama dengan Eksekutif Jualan dan Pemasaran
a. Membantu tugas-tugas Eksekutif Pusat Peralatan seperti melayan pelanggan, mengepos barang dan mengira stok.
b. Bertindak sebagai pembantu Pusat Peralatan semasa ketiadaan Eksekutif Pusat Peralatan.
c. Membantu menjalankan urusan jualan bergerak.

2. Pengurusan Media
a. Memastikan maklumat-maklumat di papan kenyataan sentiasa dikemaskini.
b. Membantu menyelenggara laman sesawang PPPM.

3. Tugas-tugas Khas
a. Membantu mencatat dan menyediakan Minit Mesyuarat bagi semua mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Bahagian Pandu Puteri Tunas, Remaja dan Renjer.
b. Membantu mengurus surat menyurat untuk aktiviti Pandu Puteri termasuk bahagian antarabangsa
c. Membantu menyediakan Buku Laporan Tahunan

4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Pesuruhjaya.


Syarat dan kelayakan :
1. Berumur 25 tahun dan ke atas
2. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam mana-mana bidang.
3. Mempunyai kemahiran komunikasi bertulis dan pertuturan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
4. Mempunyai kemahiran asas Microsoft Words, Excell dan Powerpoint
5. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum
6. Perempuan sahaja dan ahli Pandu Puteri adalah digalakkan.

2. PEMBANTU OPERASI DAN KEWANGAN 


Deskripsi/ Tugasan:
1. Kutipan asrama
a. Membuat kutipan deposit dan bulanan asrama daripada penghuni dan menyediakan invois.
b. Memantau dan merekod penghutang-penghutang asrama dengan baik.
2. Kewangan acara-acara Pandu Puteri
a. Membuat kutipan yuran penyertaan acara-acara Pandu Puteri dan menyediakan invois.
b. Membantu memastikan sebutharga yang sesuai diperoleh bagi perbelanjaan-perbelanjaan utama.
3. Kewangan Ibu Pejabat
a. Menjalankan urusan-urusan mendeposit tunai di bank dan menghantar laporan kepada Eksekutif Kewangan.
b. Mendapatkan sebutharga-sebutharga berkaitan bagi perolehan ibu pejabat.
c. Membantu menyimpan rekod-rekod perakaunan dengan baik.
4. Pengurusan Asrama
a. Memastikan disiplin penghuni berada dalam keadaan teratur dengan membuat pantauan harian.
b. Memastikan kebersihan tandas, koridor dan bilik umum dalam keadaan baik dan semua fasiliti berfungsi dan diselenggara dengan baik.
c. Memantau mutu kerja kawalan keselamatan dan tukang cuci dengan baik.
d. Membantu membuat persiapan tempat bagi mesyuarat dan acara yang diadakan di Wisma Pandu Puteri.

5. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Malaysia.

Syarat dan kelayakan :
1. Berumur 24 tahun dan ke atas
2. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam mana-mana bidang.
3. Mempunyai kemahiran komunikasi bertulis dan pertuturan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
4. Mempunyai kemahiran asas Microsoft Words, Excell dan Powerpoint
5. Mampu bekerja di bawah pengawasan yang minimum
6. Menginap di penginapan yang disediakan.
7. Perempuan sahaja dan ahli Pandu Puteri adalah digalakkan.

Tarikh tutup permohonan pada 21 September 2016
Negeri : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong


Cara Memohon :
Calon-calon yang berminat, sila hantar permohonan beserta resume melalui emel / faks / pos di alamat:

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
WISMA PANDU PUTERI
JALAN PANTAI BAHARU
59700 KUALA LUMPUR

Emel : panduputerimalaysia@gmail.com
Tel:  03-22827776 /22840229
Faks: 03-22826579

Info Syarikat/ Majikan :
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) merupakan sebuah badan NGO yang mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India.

Pada hari ini, PPPM mempunyai seramai 100,000 orang ahli di seluruh Malaysia dan juga merupakan salah satu daripada 146 buah Negara yang menganggotai pergerakan sedunia yang dikenali sebagai World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS).


**Perhatian : Info jawatan kosong yang diklankan ini telah diposkan melalui borang iklan jawatan kosong. Pemohon adalah dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu info jawatan kosong ini sebelum membuat sebarang permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia ini.  Sekiranya terdapat penipuan atau keraguan pada iklan jawatan kosong ini, sila hantarkan mesej anda ke facebook kami di https://www.facebook.com/jawatankosongkerajaanonline/ untuk tindakan lanjut. Bagi mana-mana majikan yang ingin mengiklankan info jawatan kosong sila isi borang permohonan jawatan kosong di http://ejobskini.blogspot.my/p/tos.html .
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong