LIKE PAGE & KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close
Jawatan kosong kerajaan terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) September 2016 | Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


Tarikh tutup permohonan 13 September 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan


Jawatan Kosong


CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my sebelum atau pada 13 September 2016.

ii. Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui email bagi makluman tarikh menghadiri temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan yang perlu. Sila pastikan alamat email yang dikemukakan masih aktif dan boleh digunakan.

PERMOHONAN YANG DITOLAK
Permohonan yang berikut akan ditolak :
i. Tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan; dan
ii. Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.

CATATAN AM
i. Pusat temuduga bagi jawatan yang diiklankan adalah sepertimana yang dinyatakan dalam iklan di atas.

ii. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan 3 bulan selepas dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah di atas tanggungjawab sendiri.

iv. Hanya calon yang berjaya di dalam urusan temuduga akan dimaklumkan. 


Advertisement