Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) - 05 Oktober 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Oktober 2016 | Jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Oktober 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagai:

1. PENOLONG TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

3. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

4. PERANGKAWAN E41

5. PUSTAKAWAN S41

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

7. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29


Tarikh tutup permohonan 05 Oktober 2016
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

LATAR BELAKANG

Pada tahun 1993, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad telah melancarkan penubuhan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia atau MATRADE di Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’  Seri Rafidah Aziz dan Ketua Esekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Tunku Ahmad Yahya. MATRADE  ditubuhkan melalui satu akta dan berkuatkuasa pada 1 March 1993 dan di pengerusikan oleh Tan Sri Tunku Ahmad Yahya. MATRADE  merupakan perbadanan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merupakan penghubung di antara syarikat-syarikat Malaysia dengan pasaran antarabangsa. Sebagai agensi penggalakan perdagangan kebangsaan, MATRADE yang di sokong oleh rangkaian pejabat di 31 bandaraya utama di dunia menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk membantu syarikat Malaysia memperoleh peluang-peluang eksport. 

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah sebuah badan berkanun yang berperanan mempromosi produk perkilangan dan separa perkilangan serta perkhidmatan Malaysia ke luar negara. MATRADE yang ditubuhkan pada Mac 1993 bertanggungjawab membantu syarikat-syarikat Malaysia berjaya dalam pasaran antarabangsa. Selain mengadakan aktiviti promosi produk dan perkhidmatan Malaysia di luar negara, MATRADE turut menjalankan penyelidikan pasaran dan mewujudkan pangkalan data maklumat yang komprehensif ke arah memajukan perdagangan/eksport produk Malaysia. MATRADE juga bertanggungjawab menganjurkan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran pengeksport berkaitan pemasaran antarabangsa, mempromosi dan membantu dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan serta melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong