Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang (MPS) - 23 September 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

3. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29

4. PENOLONG PEGAWAI KEBUDAYAAN B29

5. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C29

6. PEMBANTU PENILAIAN W19

7. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

8. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

9. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh tutup permohonan 23 September 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan


Jawatan Kosong


PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;

ii. Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Bahagian Sumber Manusia;

iii. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan; (salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang)

iv. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

v. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

vi. Sila pastikan semua ruangan yang perlu diisi, hendaklah dilengkapkan dan bertandatangan.

vii. Bagi calon lepasan institusi pendidikan swasta atau luar negara, anda dikehendaki melampirkan salinan surat pengiktirafan kelayakan ijazah / diploma dari Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

PERMOHONAN :-

Borang MPS 1 boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai / naskah atau boleh dicetak melalui Laman Sesawang MPS www.mps.gov.my.

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.


Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong