Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) - 21 September 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) September 2016 | Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun keatas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sebagai :

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41

4. JURUTERA J41

5. PENOLONG JURUTERA JA29

6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

7. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

8. PENOLONG AKAUNTAN W29

9. PENOLONG JURUAUDIT W29

10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

11. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29

12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19

13. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

14. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

15. PEMBANTU OPERASI N11


Tarikh tutup permohonan 21 September 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan


Jawatan Kosong


CARA PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang Majlis Agama Islam Negeri Johor yang boleh diperolehi secara percuma di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar, Jalan Masjid Abu Bakar, 80000 Johor Bahru. Borang juga boleh didapati dengan menghantar sampul surat berukuran 20cm x 23cm bersetem dan beralamat sendiri atau dengan memuat turun borang di laman web Majlis Agama Islam Negeri Johor ; www.maij.gov.my.

(b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

(c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan -Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

(d) Borang -borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran pasport dan salinan yang diakui sah dokumen -dokumen berikut;-

(i) Sijil Kelahiran/Surat Beranak
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil Tamat Sekolah
(iv) Sijil SRP/PMR/SPM/STA/STPM/STAM
(v) Diploma/Ijazah bersama pengiktirafan JPA (yang perlu sahaja)
(vi) Transkripsi Ijazah

(e) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
TINGKAT 5, BLOK B,
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR,
JALAN MASJID ABU BAKAR,
80990 JOHOR BAHRU,
JOHOR


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong