Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Islam Malaysia (UIM) - 07 September 2016

Jawatan kosong terkini di Universiti Islam Malaysia (UIM) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh iklan tutup dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR 


Tarikh tutup permohonan 07 September 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun / Swasta

jawatan kosong

Bidang Tugas Pembantu Tadbir UP11
  • Membuat dan mengemaskini tagging serta dokumentasi fail terbuka atau sulit bahagian pentadbiran dan sumber manusia.
  • Urusetia dalam penyediaan surat temuduga, menghubungi calon-calon untuk pengesahan kehadiran serta memaklumkan pada ahli panel penemuduga yang terlibat.
  • Menjadi urusetia mesyuarat jawatankuasa kecil dibawah bahagian pentadbiran dan sumber manusia melibatkan jemputan ahli mesyuarat, tempahan jamuan dan fasilliti serta penyediaan dokumentasi mesyuarat.
  • Membantu Penolong Pendaftar dalam menyediakan dokumentasi seperti cuti, faedah dan tuntutan.
  • Merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan tempahan dan tuntutan umum, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan di peringkat Pejabat / Bahagian / Unit.
  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Pejabat / Bahagian / Unit yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail / dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
  • Bertanggungjawab mengendalikan urusan majlis dan aktiviti yang dirancang di peringkat Universiti / Pejabat / Bahagian / Unit.
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.
 Syarat – Syarat Permohonan
  • Warganegara malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Sijil pelajaran malaysia (spm) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Kepujian bahasa malaysia/melayu (termasuk lulus ujian lisan).
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran dan pengurusan fail.
  • Diutamakan pada calon yang memiliki diploma yang berkaitan Pengurusan Sumber Manusia.
  • Diutamakan pada calon yang mempunyai pengalaman dalam urusan fail sumber manusia.
  • Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.
Info jawatan selanjutnya disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong